Gurindam Guru

Isteri saya guru, satu famili pun cikgu. Bila baca motivasi Ketua Pengarah Pelajaran, saya berbulu. Kalau boleh saya mahu luku-luku.

Kerja-kerja cikgu terlalu banyak terlekat kat dagu. Tapi cuba periksa duit poketnya dalam saku. Nak fotostat untuk budak-budak, pun kena guna duit sendiri dulu.

Tiap-tiap hari kerja, termasuk hari Sabtu. Nasib baik hari Ahad, guru besar tahu nak beradu. Kalau tidak, mungkin kena panggil isi nama dalam buku.

Geng-geng guru besar, selalu keluar projek baru. Cikgu-cikgu juga kena ikut macam budak kena luku. Yang senang, majlis guru besar juga penuh saku.

Ini belum masuk bab meeting, lamanya Tuhan saja yang tahu. Guru besar nak cakap, PK pun tunggu turn ceramah dulu. Semua cikgu kena ikut mesyuarat, walaupun untuk subjek tertentu. Kalau boleh tukang kebun dan jaga pun kena join sebangku.

Budak-budak benak tak masuk apa diajar, cikgu juga kena palu. Budak-budak nakal lari sana sini, ini salah guru tak jaga disiplin bila perlu. Kalau rotan tangan kaki, mak bapak pula serang sekolah macam naik hantu. Silap-silap jumpa reporter, masuk dalam tv muka cikgu.

Jadi guru sekarang, bukan macam dulu-dulu. Kerja banyak, tapi tak ada sapa jaga kebajikan cikgu. Orang atas-atas, perah cikgu sebab nak dapatkan pujian kelas satu. Mana tau satu hari nanti boleh jadi KP Pelajaran huhuhuhu!

Pelacur tua dari Sepanyol

Seorang pelacur berbangsa Sepanyol yang tua bangka dan bodoh sombong seperti lembu matador datang ke negara kami ketika syarikat tempatan kebanggaan negara mengeluarkan traktor yang baru dengan namanya diambil daripada perkataan Sepanyol.

Demi menyelak akhbar yang memaparkan berita kebanggaan negara itu, pelacur berkenaan berteriak-teriakan kegembiraan yang amat, lalu berkata: “Terima kasih kerana menggunakan bahasa lidah ibundaku, bahasa Sepanyol. Saya rela memberikan servis percuma kepada mereka yang memilih nama itu.”

Ketika malam tiba, beberapa orang berhidung pesek, berkulit sawo matang dan berlidah dua yang mengenakan sut korporat, beratur di hadapan pintu bilik pelacur tua bangka dan bodoh sombong itu, sambil bergilir-gilir masuk.

Mereka keluar dari bilik itu dengan wajah berseri-seri dan tiba-tiba menjadi manusia berhidung pesek dan berkulit sawo matang yang fasih berbahasa Sepanyol.

Mereka lalu berlabun-labun sambil berkongsi-kongsi pengalaman bersama pelacur tua bangka dan bodoh sombong itu dengan masing-masing menguar-uarkan kehebatan mereka.

Tiba-tiba seekor anjing kurap mengetuk pintu kamar pelacur tua bangka dan bodoh sombong, lalu masuk tetapi anjing itu keluar kembali lalu berkata: “Aku tak sudi menjilat pelacur tua bangka dan bodoh sombong itu. Biarlah aku kekal sebagai anjing kurap daripada menjadi penjilat tua bangka dan bodoh sombong!”

Alza, alga dan Alba

ALZA -kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua- mungkin diambil daripada bahasa Sepanyol, iaitu meningkat. Itu kalau definisi di WorldReference.com betul. Mungkin maksudnya teknologi dipertingkatkan atau kemudahan dinaik taraf. Mungkin tidak bermaksud harganya meningkat!

Dalam bahasa Melayu, Alza paling dekat ialah kepada alga, iaitu kumpulan tumbuhan paling ringkas. Mungkin tidak ada kena-mengena dengan alga, lainlah Perodua keluarkan basikal paling ringkas.

Tapi ada satu lagi, yang mungkin terpancul pada otak benak orang Perodua - Alba. Bukan, bukan jam Alba tapi bapak kepada Jesicca - ya, Jesicca Alba! Mungkin mereka minat pada pelakon seksi dari Hollywood itu!

Menjawab pandangan penyokong PPSMI

Kata mak datin dalam surat pembaca di akhbar berbahasa Inggeris:

“Apakah penulis surat pembaca (yang sebelum ini mempertahankan keputusan memansuhkan PPSMI - pengarang) tidak faham dengan pengakuannya sendiri bahawa zaman awal dinasti (khilafah - pengarang) Abbasiah sarjana Muslim dan non-Muslim berusaha untuk menghimpun dan menterjemahkan semua ilmu pengetahuan di dunia ini ke bahasa Arab.

Dan hal itu berlaku 75 tahun kemudian, sebelum mereka mencapai kegemilangan dalam medan falsafah dan sains.

Orang Eropah menguasai bahasa Arab dan datang ke bumi Arab untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Sudah tentu, kebanyakan ilmu pengetahuan dalam bahasa Arab diterjemah ke bahasa Latin, Inggeris dan Perancis sebelum Renaissance.”
Pada kefahaman saya, mak datin sendiri tidak faham dengan tulisannya yang memetik sejarah bahawa orang Eropah yang hidup dalam zaman kegelapan dan penguasaan gereja yang memusuhi sains, memunggah ilmu pengetahuan daripada tamadun Islam dalam bahasa Arab untuk dibawa ke benua gelap mereka itu dalam bahasa mereka sendiri.

Hal ini sudah bercanggah dengan PPSMI dan perjuangan mereka - sarjana Eropah mengajar bangsa mereka untuk menjadi bijak dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Sarjana Eropah tidak memaksa kerajaan kota di negara mereka untuk melaksanakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Arab!

Dan pada kefahaman saya lagi, seterusnya mak datin melalut lagi dengan menyalahkan DBP yang gagal menterjemahkan ilmu pengetahuan di dunia ke bahasa Melayu - tugas penterjemahan tidak lagi berada di tangan DBP, sebaliknya di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang terpaksa berbuat demikian atas kapasiti sebuah badan korporat.

Ini adalah kesilapan mutlak bagi seorang penulis - fakta yang terseleweng disebabkan kegagalan membuat penyelidikan yang mudah.

Kemudian, kita sudah nampak martabat bahasa Melayu pada pandangan mak datin ini:
“Bahasa ilmu pengetahuan untuk Matematik dan Sains kini, yang pertama-tamanya, ialah bahasa Inggeris diikuti bahasa Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan lain-lain, tetapi bukannya dengan bahasa Melayu.”
Sekiranya anda tidak faham dengan peribahasa, meludah ke langit, sila cetak petikan ini dan sertakan gambar mak datin ini: saya percaya anda akan faham peribahasa itu dengan imejnya sekali!

Ayat-ayat seterusnya mengingatkan saya tentang kisah seorang ulama terkemuka yang sedang mengajar dan seorang lelaki tidak dikenali yang berserban sebesar alam menyertai kelompok ilmu itu. Ulama terkemuka itu berasa berdebar-debar kerana menganggap sudah tentu lelaki yang tidak dikenali itu sebagai ilmuwan hebat dengan melihat betapa besarnya serban itu.

Pada penghujung kuliahnya, tibalah saat yang sangat mendebarkan, iaitu sesi soal-jawab. Lelaki berserban sebesar alam itu pun berdehem, lalu mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan. Debaran di dada ulama terkemuka itu semakin kencang, seperti genderang perang, lagaknya.

Lelaki itu bertanya, “Tuan, seandainya matahari tidak naik di timur, bagaimanakah kita hendak bersolat Subuh?” Mendengarkan pertanyaan lelaki berserban besar itu, alangkah leganya hati ulama terkemuka itu. Mana tidak lega, lelaki berserban sebesar alam itu bangang namanya! Sudah tentu kalau matahari tidak naik di timur, sudah tentu dunia sudah kiamat!

Dan hari ini, saya pun tidak lagi berdebar-debar!

Seno, Jawa, Klate, Mamak dan tikus

Dalam syarahan Seno, semua orang nak jadi Indonesia. Kecuali Jim si wartawan panas dari MK, orang tanya soalan dengan telor Indonesia. Ada seorang penanya, aku betul-betul yakin dia cakap Indonesia slang Klate. Itu cukup aneh, satu-satunya suku kaum yang boleh mengubah Jawa, ialah orang Klate. Yang tinggal Jawa di Klate hanyalah bukit - Bukit Jawa di Pasir Puteh. Orang Jawa di Klate sudah kecek Klate!

Kita memang tuan rumah yang peramah. Entah-entah melangkah saja ke dewan perhimpunan Cina, semua orang cakap telor Cina. Dan malam itu, kita lanjutkan keramahan dengan bertanya soalan dengan telor Indonesia walaupun ada kalanya berbau Klate.

Dan malam itu, Lut tunding seorang mamat. Dia pakai kemeja, masuk dalam seluar. Muka blur semacam. Memang patut blur, syarahan Seno berbelit-belit. Bila sesi soal jawab, semua diam. Tiba-tiba ada seorang mamat yang ikhlas pun tanya, “Boleh cerita balik tak. Saya tak faham.” Sah, sebenarnya semua tak faham tapi tak ada sesiapa yang nak mengaku!

Seno pun bercerita tentang sastera bebas bentuk. Oh yang itu aku terpaksa simpan dulu.

Tapi mamat yang berkemeja, masuk dalam seluar masih blur. Lut pun cuit aku dan tunding ke arah mamat tu, “Es bi.” Aku balas balik, kesian, macam mana nak buat report?

Mamat tu keluar, sebelum selesai acara. Tentu terkial-kial nak sudahkan report.

Habis acara, aku, Lut, Jim, Hans dan Saif mengeteh di kedai mamak dekat bucu. Kena mandrom ke apa kitorang ni, sebab aku pernah tengok tikus sebesar kaki ulang-alik dari longkang busuk di bawah kedai ke dapur. Bagus tikus tu, aku tak jadi jijik, tapi jadi kagum. Mesti bapa mithali tu, mencari sesuap nasi dengan tekun dan gigih. Boleh jadi bukan mandrom, tapi kagum.

Cuba memahami sastera period reformasi di Indonesia

Malam ini, kita cuba memahami sastera pada period Reformasi di Indonesia. Apakah sastera itu sebagai wadah yang meruntuhkan tembok Order Baru di bawah telunjuk Suharto atau sastera sebagai perakam yang mendokumentasikan detik-detik kebangkitan dan penentangan mahasiswa dan rakyat yang seterusnya membawa kepada leburnya dinding batu yang dilabelkan sebagai demokrasi terpimpin.

Lewat perspektif Seno Gumira Ajidarma, kita cuba menyelami dan menyelongkar apakah sastera pada period itu menjadi senjata bahasa yang mengabaikan estetikanya atau ia masih memanfaatkan keindahan yang ada.

Dan mungkin, kita boleh membandingkan sejauh mana sastera di tanah air berperanan dalam period yang sama.

Kita jumpa saja di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, malam ini.

Jangan baca puisi, nanti ganggu baca Quran

Saya diberitahu cerita yang entah perlu diketawa atau ditangisi. Baca puisi Ramadan yang selalu diadakan pada minggu-minggu terakhir bulan barakah di sebuah masjid di sebuah universiti di Selangor, dibantah pelajar sehingga akhirnya terpaksa dibatalkan.

Alasan bantahan yang dikemukakan pelajar -rakan saya itu mengatakan mereka orang hijau- adalah baca puisi di masjid mengganggu orang nak baca al-Quran. Akhirnya bantahan itu sampai ke pihak atasan dan mereka tidak mahu bising-bising, mangsanya adalah program baca puisi.

Saya suka budak-budak universiti memperjuangkan idealisme mereka. Mereka wajib bantah kalau ketidakadilan berlaku. Mereka wajib bersuara kalau kebenaran itu ditenggelamkan. Mereka tidak boleh diperkuda oleh pihak di luar tanpa mengira warna, biru tuakah, hijaukah, biru mudakah atau merahkan.

Tetapi membantah baca puisi di masjid dengan alasan mengganggu orang baca Quran? Atau sebelum ini membantah Pak Samad baca puisi kerana diiringi petikan gitar? Aduh, jangan hina intelektual anda dengan bantahan sebegini.

Dan saya mahu ingatkan Dinsman, jangan cuba-cuba bawa teater ke masjid di universiti ini. Kalau baca puisi pun dibantah, inikan pula pementasan teater.

Nampak gaya pemikiran orang kampung di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang masjid mereka dijadikan pentas teater oleh Dinsman, jauh lebih matang daripada budak-budak yang kononnya mahu memperjuangkan idealisme yang muluk-muluk itu!

Plot

Dibasuh dari sumur Ma’ahad Muhammadi; mengalir di sepanjang nahar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), lalu dibilas di lembah al-Azhar as-Syarif di tebing Sungai Nil apabila tercampak di pekan kecil Damanhur, pengarang kelahiran Kota Bharu pada 10 Februari 1978 ini, terlontar ke ranah kewartawanan.

Rentak tari pada pentas jurnalisme bermula di meja Sentral dan Jenayah, sebelum berpencak di meja Sastera bersama-sama pengarang tanah air dan Nusantara dari yang bergelar sasterawan hingga penulis yang masih ranum.

Klik untuk menyusuri plot...

E-mel 1: Bukunotakaki
E-mel 2: Sastera Berita Harian
E-mel 3: Literature Journalist
Blog puisi: Bukupuisi
Facebook: Nazmi

ShoutMix chat widget

Penyusur

Twitter bergerisik

    follow me on Twitter